Friday, October 15, 2010

Apakah Kepentingan Format Raw Dalam DSLR?

Pernahkah kamu mendengar format gambar Raw? Format gambar Raw adalah salah satu format image mentah yang biasanya dihasilkan daripada kamera digital Advance dan kamera DSLR, dimana gambar Raw ini berukuran cukup besar karena menyimpan detail photo maksima yang dihasilkan dari  kamera tersebut dan file Raw ini juga masih bersifat file gambar mentah yakni belum mengalami proses editing dan kompress.

Oleh itu file Raw ini perlu dilakukan proses editing lebih lanjut yang meliputi penyesuaian kontras, ketajaman warna, dan lain sebagainya, yang pada akhirnya file Raw ini diubah ke dalam format gambar lainnya seperti file JPEG, BMP, GIF, PNG atau yang lainnya. Banyak sekali aplikasi photo editing dan konversi yang beredar di internet yang mempunyai kemampuan untuk mengedit dan mengkonversi file  gambar Raw, dari yang berbayar hingga yang percuma juga boleh dijumpai.. Namun bagi kamu yang hanya ingin mengkonversi format gambar raw ke format gambar lainnya tanpa perlu melakukan proses editing lebih lanjut, gunakan saja aplikasi khusus yang bernama RawExtractor. Aplikasi RawExtractor mempunyai ukuran yang sangat kecil dan sangat mudah serta ringan digunakan, apalagi aplikasi ini bersifat 'free' sehingga tidak membuat kantong kamu kering!!!..

Banyak sekali jenis kamera digital dan SLR yang sudah digunapakai oleh aplikasi ini diantaranya : Canon, Nikon, Pentax, Samsung, Olympus, Fuji, Minolta, Sony, Kodak dan Panasonic. Adapun jenis-jenis file gambar Raw yang digunapakai adalah :
1.  Canon RAW (*.CRW,*.CR2)
2.  Nikon RAW (*.NEF)
3.  Pentax RAW (*.PEF)
4.  Samsung RAW (*.DNG)
5.  Olympus RAW (*.KDC)
6.  Olympus RAW (*.ORF)
7.  FujiFilm RAW (*.RAF)
8.  Minolta RAW (*.MRW)
9.  Sony RAW (*.ARW)
10.  Kodak RAW (*.DCR)
11.  Panasonic RAW (*.RAW)

Thursday, October 14, 2010

Hikayat Gunung Reng, Jeli, Kelantan.

MISTERI GUNUNG RENG
Gambar dari tepi jalan di Jeli
Gunung Reng yang tersergam indah di pinggir jalan Lebuh Raya Timur
Barat di Kampung Batu Melintang, Jeli, mempunyai banyak catatan sejarah
selain daripada pusat pelancongan yang unik dan sebelum ini pernah
dikunjungi beberapa pengkaji sejarah serta pelancong.
Gunung yang unik itu dipercayai ada kaitan dengan legenda Puteri
Sa'adong serta khazanah yang ada di dalamnya masih menjadi rahsia
sehingga ke hari ini. Legendanya juga masih belum terungkap secara jelas
dan hanya menjadi misteri serta tanda tanya kepada masyarakat hari ini
tentang kewujudannya dengan keunikan struktur batu-batannya.
Sebagaimana gua-gua yang terdapat di gunung-gunung lain yang ditemui
dan diterokai oleh penggemar dan pencinta alam, Gunung Reng juga
mempunyai keistimewaan tersendiri.
Menurut papan catatan sejarahnya yang terletak di pintu masuk
kawasan gunung itu, tapak asal gunung berkenaan dikenali sebagai
Kampung Tala yang dibuka oleh Tok Tadeh dari keturunan Pulang Hari,
Jawa.

Cerita 1
 
Mengikut catatan itu, gunung itu wujud adalah ekoran kifarat Tuhan terhadap makhluknya yang telah melanggar tatasusila masyarakat waktu itu kerana mahu kelainan dalam pesta atau bahasa tempatan dipanggil 'bergalak'. Ketua Kampung Tala pada masa itu dikatakan ingin mengadakan temasya secara besar-besaran selama tujuh hari tujuh malam dengan pelbagai permainan hingga ke acara penutupnya Ekoran itu permainan yang tidak pernah diadakan sebelum itu ialah melagakan kucing dengan anjing di atas bumbung rumah sebagai menyambut kemuncak perayaan tersebut.
Acara itu dikatakan telah diadakan di waktu Zuhur dan telah mendapat sambutan dari masyarakat yang tidak pernah melihat acara ganjil yang dipersembahkan itu. Menurut ceritanya lagi, disaat orang ramai bersorak-sorai, dengan tiba-tiba berlaku ribut taufan yang dahsyat diikuti hujan lebat. Di waktu kelam-kabut itu dikatakan tiba-tiba seorang perempuan tua dan cucunya berlari balik ke kampung mereka dikenali dengan 'Kampung Gantang' berhampiran Kampung Tala untuk mengangkat padi jemuran. Selesai memunggah padi yang dijemur dan keadaan hujan semakin reda, perempuan tua bersama cucunya itu telah pergi semula ke Kampung Tala, tetapi alangkah terkejutnya apabila melihat kampung itu telah dihempap batu besar atau gunung yang melenyapkan sama sekali kampung itu. Menurut catatannya lagi, perempuan tua dan cucunya inilah yang menjadi pencerita kepada generasi-generasi sehingga sekarang mengenai sejarah kemunculan 'Gunung Reng' itu. Gunung yang menghempap Kampung Tala itu dikatakan berasal dari Ulu Sungai Reng yang terletak di negeri Perak dan jaraknya kira-kira tiga malam perjalanan di sempadan Kelantan dan Peka untuk sampai ke Kampung Tala.
Bukti yang paling jelas ialah tempat asal gunung ini telah menjadi kolam dan sehingga sekarang dikatakan tapak kolam yang terdapat di Hulu Sungai Reng seperti berbentuk Gunung Reng yang terdapat di Kelantan. Gunung berkenaan juga dikatakan menjadi tempat tinggal Puteri Sa'adong untuk seketika setelah berpindah dari Bukit Marka di Pasir Puteh. Kerana itulah juga Gunung Reng mempunyai gua-gua dalam pelbagai bentuk seperti tempat hulubalang, tempat bermain makyung, serta bilik-bilik seperti Gua Badak, Gua Payung, Gua Kaca, Gua Rimau dan Gua Bedak. Melalui Gua Payung itulah dikatakan ia menjadi pintu masuk lereng gua-gua berkenaan. Bagaimanapun, mengikut catatan sejarahnya Puteri Sa'adong tidak tinggal lama di Gua Reng disebabkan beliau kecewa dengan sikap penduduk kampung yang meminjam barang-barangnya seperti pinggan mangkuk tetapi tidak menghantar pulang. Ekoran daripada itulah dikatakan Puteri Sa'adong telah merajuk dan lari menyembunyikan diri di Gua Ayam di Gua Musang dan barang-barang atau khazanah yang tersimpan di gua tersebut turut menjadi batu, termasuk seekor gajah.

 
Cerita ke 2
 
Menurut cerita dari sumber lain, kononnya nama gunung ini diambil daripada
nama seorang alim yang tinggal di sekitarnya, bernama Karim. Menurut cerita
kawasan gunung itu dulunya kampung dan orang-orang kampung ada membuat
temasya ‘lagha’ sehingga Tuhan menurunkan bala dengan menghempap kampung
itu dengan seketul gunung.
Adapun tok alim Karim ada menasihati orang kampung tetapi dia diusir keluar
kampung yang menjadi titik tolak kepada bala itu. Nama gunung itu datang dari
nama tok alim Karim dalam sebutan orang Kelantan. Karim menjadi rim menjadi
reng. Tapi rupa-rupanya sejarah ni memang dipakai. Baki lagi nama asalnya saja
lain sedikit. Menuru sejarah dulu, nama Reng diambil daripada tempat asal batu
itu di hulu Sungai Reng, Perak. Adapun perjalanan dari Gunung Reng ke hulu
Sungai Reng memakan masa tiga hari tiga malam. Datang sekarang, di hulusungai
itu ada sebuah kolam berbentuk Gunung Reng.
Gunung Reng pun dikaitkan orang dengan puteri penuh mistik orang-orang
Kelantan, Puteri Saadong. Pun kisah yang aku pernah dengar tentang puteri ini
ialah berkaitan dengan Bukit Panau, Tanah Merah. Daripada sepupu aku dia
berkata, kenapa Bukit Panau kelihatan senget?
Kononnya dulunya Puteri Saadong bertapa di situ. Setiap kali orang kampung
mahu kenduri, mereka akan meminjam pinggan mangkuk tuan puteri. Tapi tiap-
tiap kali pinjam pecah. Pinjam, pecah. Pinjam. Pecah. Akhirnya Puteri Saadong
murka dan terus menyepak Bukit Panau. Arkian, sengetlah ia.
Reng juga bermaksud kudrat atau tenaga dalam dialek Kelantan.
Lagha bermaksud melalaikan.
 
 
 

Asas Asas Dan Fisiologi Kamera SLR (Bukan Digital)

Berikut adalah asas asas berkenaan SLR kamera. Asas ini merupakan tatacara bagi kamera bukan DSLR. DSLR adalah ditambah perkataan DIGITAL yang bermaksud kamera SLR menggunakan system digital.

Untuk menghasilkan kerja-kerja senifoto yang baik, peralatan berikut diperlukan.
1. Kamera dan peralatan tambahan
2. Cahaya
3. Bakat

Pada peringkat awal perkembangan kamera, jenis-jenis berikut telah diperkenalkan.
i. Ukuran Separuh
ii. Ukuran Leica
iii.Ukuran 6x6
i. Ukuran Separuh:

Kamera jenis ini boleh merakam gambar sebanyak dua kali ganda dari jumlah filem. Setiap exposer filem hanya separuh digunakan. Jika filem yang digunakan 36 exposer anda akan perolehi sebanyak 72 exposer. Kamera jenis ini tiada lagi di pasaran.

ii. Ukuran Leica:
Kamera jenis ini boleh diperolehi dalam bentuk negatif 24x56 mm. Shutter kamera jenis ini dibentuk dalam dua jenis; Shutter Lens dan Shutter Focal Plane.
Terdapat dalam kumpulan ini Kamera Single Lens Reflex (SLR)

iii. Ukuran 6x6:
Ukuran jenis ini boleh diperolehi dalam format View Kamera. Terdapat dalam jenis Rengfinder Shutter Lens , Single Lens Reflex. Dalam kamera seumpama ini yang menggunakan jenis Twin Lens Reflex (TLR). Terdapat dalam kumpulan-kumpulan ini ialah kamera Twin Lens Reflex (TLR) dan Single Lens Reflex (SLR)

i). TLR ialah kamera dua lens yang mempunyai peranan masing-masing. Lens yang dibawah berfungsi untuk membawa cahaya masuk ke filem. Manakala lens di atas berfungsi membawa cahaya ke Viewfinder. 
 
ii). SLR ialah kamera yang berfungsi dengan satu Lens dan satu cermin pembalikan. Hasilnya apa yang dilihat pada tingkap penenang (Viewfinder) akan sama dengan rakaman di filem.
Alat tambahan kamera bertujuan memudahkan kerja-kerja senifoto yang berat. Kebanyakan kamera SLR dan kamera View disediakan alat tambahan.

Alat tambahan kamera bertujuan memudahkan kerja-kerja senifoto yang berat. Kebanyakan kamera SLR dan kamera View disediakan alat tambahan.
Berikut ialah sebahagian alat tambahan pada sebuah kamera.
i. Lens
ii. Exposer Meter
iii. Flash
iv. Filter
v Tripod


LENS
Lens amat penting pada sebuah kamera. Lens mesti bersih dari debu dan kesan calar. Oleh itu penjagaan lens perlu diutamakan. Elakkan dari terkena fungus dan wap air.
Jenis - Jenis Lens:
Berikut ialah jenis-jenis lens.
a. Wide Angle Lens
b. Standard Lens
c. Telephoto Lens
d. Zoom Lens

a. Wide Angle Lens - Merupakan Lens yang membolehkan kita mengambil gambar pada sudut yang luas. Dalam ketogeri ini, Wide Angle terbahagi pula kepada Super Wide.
Berikut ialah jenis Lens Wide Angle.
16mm, 18mm, 20mm, 24mm, 35mm,
Jika lebih kecil angkanya bermakna lebih luas bukaan sudut pandangannya. Namun perlu diingatkan sudut yang luas akan memberi kesan lengkung.

b. Standard Lens - Ialah lens yang boleh mengambil gambar mengikut pandangan mata manusia. Lens ini amat sesuai untuk mengambil gambar-gambar potret Contoh: 50mm, 55mm, 70mm.

c. Telephoto Lens - Ialah lens yang memiliki sudut pandang yang sempit. Ia amat sesuai untuk mengambil gambar pada jarak yang jauh. Telephoto Lens juga berperanan untuk crouping gambar.
Contoh Lens: 135mm, 200mm, 300mm,500mm, 1000mm

d. Micro Lens - Ialah lens yang boleh merakam gambar pada jarak dekat untuk keperluan gambar-gambar mikro atau close-up. Lens ini memiliki angka seperti yang terdapat pada Lens Standard dan Telephoto.
Contoh: 55mm, 105mm, 200mm

Lens 55mm boleh merakam gambar pada jarak dekat. Lens 105mm dan 2000mm boleh merakam gambar mikro pada jarak jauh.

e. Zoom Lens - Ialah lens yang menggabungkan beberapa ciri lens yang tersenarai diatas. Ini bermakna, dalam satu lens terdapat dua atau tiga sudut lens.
Contoh: 25mm - 55mm, 70mm -135mm, 80mm -200mm.

Pada sebuah lens terdapat fungsi-fungsi berikut.
a. Focusing Ring
b. Aperture

a. Focusing Ring - Peranan Focusing Ring ialah untuk mencari jarak yang tepat agar gambar tidak kabur.

b. Aperture - Ialah alat bukaan lens yang juga dikenali sebagai f/stop. Tanpa f/stop gambar tidak terhasil dengan baik. f/stop membantu menapis kemasukkan cahaya ke filem. Lobang f/stop yang besar ditanda dengan angka kecil. Manakala f/stop yang kecil diwakili oleh angka yang besar.

Contoh Aperture analog:
f32,f22,f16,f11 - lubang kecil
f8,f5.6,f4 - lubang sedarhana
f3,f3.5,f2,f2.8 - lubang besar

Setelah wujudnya kamera digital, Aperture telah berubah dan bertambah jumlah bacaannya.
Contoh tambahan yang berlaku:
f32,f30,f22,f20,f16,f12,f11 - lubang kecil
f10,f8,f5,f5.6,f4 - lubang sedarhana
f3,f3.5,f2,f2.8 - lubang besar
Angka Aperture yang berwarna merah merupakan tambahan pada kamera digital.

DEPTH OF FIELD
i. Aperture berfungsi untuk menghasilkan gambar yang bermutu. Untuk mendapatkan gambar yang tajam (Sharp), gunakan Aperture yang kecil agar Depth Of Field menjadi tajam.
Depth Of Field ialah keadaan gambar Out Focus atau In Focus 
Jika mahukan gambar yang kabur dibahagian latarbelakang, gunakan Aperture yang sederhana. Keadaan gambar akan menimbulkan kabur dibahagian latarbelakang. Namun penggunaan jenis lens juga akan memberi kesan yang baik untuk teknik ini. Contoh Lens yang dimaksudkan ialah Micro, atau Telephoto.
Penggunaan Aperture juga boleh mempengaruhi keadan gambar menjadi Soft atau High Contras.
Ketika menggunakan flash sila pastikan penggunaan Aperture yang betul agar gambar yang anda rakam tidak over atau under exposes.

SHUTTER SPEED
Shutter Speed ialah Kelajuan Bukaan Lens. Shutter Speed ditanda dengan angka. Contoh Shutter Speed ialah:
1/B - Shutter Speed paling perlahan
1/1,1/2,1/4,1/8,1/15,1/30 - Shutter Speed perlahan
1/60,1/125,1/250 - Shutter Sederhana
1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 - Shutter Speed Laju
Jika pada kamera digital terdapat perbezaan Shutter Speed seperti yang ditandakan pada warna merah.
1/B - Shutter Speed paling perlahan
1/1,1/2,1/4,1/8,1/15,1/30,1/40- Shutter Speed perlahan
1/60,1/80,1/125,1/250,1/300- Shutter Sederhana
1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 - Shutter Speed Laju
1/1 bermaksud bukaan selama 1 saat. Manakala 1/4000 ialah 1 saat dibahagi 4000. Ini bermakna 1/1 merupakan Shutter Speed paling lama bukaannya. 1/4000 merupakan Shutter Speed paling laju. Namun terdapat satu lagi Shutter Speed yang boleh dibuka seberapa lama yang anda mahu, iaitu Shutter Speed 1/B

Penggunaan Shutter Speed yang tepat dengan Aperture akan menentukan penghasilan gambar yang baik. Jika tidak gambar akan under atau over expose.
Fungsi Aperture Dan Shutter Speed -
ii. Shutter Speed digunakan untuk rakaman gambar yang bergerak. Contohnya merakam sebuah kereta yang sedang bergerak gunakan Shutter Speed yang laju (1/250) oleh itu kereta yang dirakamkan akan terhenti di dalam gambar. Teknik Panning boleh digunakan dengan menggerakkan kamera mengikuti pergerakan kereta hasilnya latarbelakang gambar akan kabur. Latar belakang yang kabur itu disebabkan oleh pergerakan kamera.

EXPOSURE METER
Exposer Meter merupakan alat tambahan yang membantu bagi mendapatkan gambar yang baik. Jika sebelum wujud Exposer Meter penggiat senifoto perlu mahir memahami keupayaan cahaya. Exposer Meter boleh mengukur cahaya dengan tepat dan pantas.
Terdapat dua jenis Exposer Meter di pasaran
a. Exposere Meter Binaan Dalam
b. Exposere Meter Bebas Guna.

a. Exposere Meter Binaan Dalam- Exposer Meter jenis ini mudah digunakan. Komponennya dibina didalam kamera. Namun anda perlu mahir menggunakannya jika tidak gambar akan under expose. Contoh jika mengambil gambar di kawasan berlatar belakangkan cahaya yang kuat. Cahaya yang dimaksudkan seperti di pantai bilamana latar belakangnya adalah langit dan air laut pada waktu siang. Objek yang berada di sekitarnya akan hitam jika pengiraan tidak tepat. 
Kamera sekarang semuanya disediakan dengan Exposere Meter
jenis ini.
b. Exposere Meter Bebas Guna - Exposer jenis ini direka berasingan dengan Kamera. Cahaya yang diukur dengan menggunakan exposer jenis ini lebih tepat kerana ia boleh diukur pada keadaan cahaya yang sebenar. Kerja-kerja mengambil gambar yang berbentuk pengiklanan lebih mudah dilakukan termasuk juga kerja-kerja Close-up, Modeling.

Exposer meter Bebas Guna terdapat dalam dua ketogeri.
i. Exposer Meter Daylight: Hanya mengira cahaya Matahari atau
cahaya buatan seperti cahaya lampu.
ii. Exposer Meter Elektronik: Untuk mengira cahaya dari lampu
flash studio.

FLASH
Flash membantu kerja-kerja senifoto jika keadaan di lokasi kurang atau ketiadaan cahaya. Flash dapat membantu menghilangkan bayangan (shadow) pada muka model jika rakaman dilakukan di bawah cahaya matahari
Pembinaan flash adalah di luar sebuah kamera. Namun sudah ada flash yang dibina pada kamera. Umpamanya kamera astamatik telah sedia dibina flash. Namun flash ini tidak boleh memberi kepuasan pada senifoto kreatif.
Flash dibina untuk penggunaan yang begitu maksimum. Jika pada peringkat awal wujudnya flash, ia hanya disediakan bagi penggunaan manual. Flash jenis ini hanya boleh berfungsi dengan mengeluarkan cahaya paling maksimum walaupun gambar yang dirakam itu dekat. Sedangkan flash moden telah dibina dengan fungsi automatik. Dengan fungsi ini flash boleh diubah suai mengikut keadaan objek yang hendak dirakamkan.
Disamping fungsi automatik fungsi manual masih disediakan. Namun dengan adanya fungsi automatik penggunaan bateri pada flash menjimatkan. Pada fungsi automatik beberapa faktor perlu diambil perhatian. Beberapa butang control hendaklah diletakkan pada tempatnya.
Contoh; ada butang yang mengawal kedudukan Aperture, Shutter Speed, ASA. Jika kedudukan butang ASA tidak diletakkan pada kedudukan yang betul, maka kiraan f/stop, Shutter Speed akan menjadi tidak tepat. ASA 100 akan memberikan f/stop 8 untuk jarak tiga kaki ke bawah. Tetapi pada ASA 400 kiraannya ialah f/stop 11. pada kebanyakan kamera era sekarang Shutter Speed untuk penggunaan flash ialah 1/60 dan 1/125.

FILTER
Filter dibuat dari plastik tahan lasak yang berkualiti tinggi. Ada juga yang dibuat dari kaca yang bermutu.
Filter berfungsi; menyelamatkan lens dari terkena debu, terguris yang mungkin menyebabkan lens rosak. Filter juga berfungsi untuk memberi kesan sampingan pada gambar warna dan memberi kesan High Contras dan Low Contras pada filem hitam putih.
Filter ultra voilet (UV) membantu mencegah Lens agar tidak tercalar. Sementara Filter yang membantu membuat pembetulan ialah Filter Biru, Merah, Kuning, Polarizing. Star Filter, Multi Filter. Filter-Filter ini juga membantu untuk kesan sampingan (Special Effec)

Kepentingan Shutter Speed (Tv)

SHUTTER SPEED
 
Seperti juga aperture, shutter speed mempunyai incrementnya sendiri dan lazimnya dirujuk dalam nisbah per saat dalam faktor 1/2. Disebabkan ini, maka kebiasaannya shutter speed kerap dirujuk dalam 1/2s, 1/4s,1/8s ... 1/8000s. Seperti yang telah dibincangkan diatas, jika seseorang pengguna memilih 1000, ini bermakna, shutter speed ialah 1/1000 per saat.

Dalam pada masa yang sama, shutter speed bukan sahaja terhad pada tahap atau range yang laju sahaja. Shutter speed juga terdapat dalam kelajuan yang perlahan atau long exposure. Ini kerap dirujuk dalam saat tempoh bukaan shutter seperti 1s, 2s, 4s,8s atau BULB

Persoalannya, apakah shutter speed yang sesuai untuk digunakan?

Sebagai rule of thumb, pemilihan shutter speed adalah digalakkan pada satu tahap diatas focal length lensa yang digunakan. Ini bertujuan untuk menggelakan kekaburan disebabkan oleh goncangan kamera. Sebagai contoh, jika focal length lensa ialah 200mm, shutter speed yang harus digunakan ialah 1/250s. Jika shutter speed ini tidak dapat diperolehi, penggunaan tripod atau lain-lain jenis alat sokongan amatlah digalakan untuk menghindarkan dari kesan camera shake ini. Walaupun terdapat lensa-lensa sekarang yang mempunyai vibration reduction (VR) atau image stablisation (IS) untuk mengurangkan kesan goncangan kamera, pengguna harus peka dan berhati-hati dalam pemilihan shutter speed.

Pemilihan shutter speed juga terletak kepada komposisi dan imej yang dikehendaki oleh pengguna. Jika kita hendak "membekukan" atau "Freeze" sesuatu aksi dalam sukan (sports) atau kehidupan liar (wild life), penggunaan shutter speed 1/250s keatas adalah wajar bagi membekukan gerakan laju objek tersebut.

Akan tetapi, bukan semua imej sukan atau imej aksi memerlukan shutter speed yang tinggi. Adakala, shutter speed rendah diperlukan apabila sesorang pengguna ingin merakamkan imej yang berkonsepkan "panning shots" (topk ini akan dibincang kemudian nanti) atau untuk menunjukkan sesuatu pergerakan seperti aliran arus air yang mengalir.

Wednesday, October 13, 2010

Kefahaman saya tentang fotografi......

Apakah fotografi sebuah seni? Apa ciri khas yang boleh   dikatakan sebagai suatu cabang ekspresi seni? suatu persoalan yang selalu timbul dikalangan fotografer yang baru.
Fotografi memang memiliki aspek teknologi dan estetika. Sebagai teknologi, fotografi pada awalnya diciptakan sebagai alat perakam. Kamera generasi kemudiannya  memungkinkan merakam sesuatu (image) adalah aspek perangkat keras (hardware) teknologi fotografi; sedangkan pengetahuan tentang bagaimana cara menggunakan perangkat tersebut untuk menghasilkan sesuatu adalah aspek peringkat lembut (software).
Penguasaan aspek teknologi saja tidak dapat membuat orang menjadi seniman foto. Banyak orang mempunyai kamera dan pengetahuan tentang bagaimana cara menggunakannya dengan baik. Namun karana cara dan tujuan penggunaan aspek teknologi tersebut, mereka tidak dapat dikatakan sebagai seniman foto. Seorang ibu yang menggunakan kamera untuk merakam saat saat penting dalam kehidupan keluarganya atau para pengkaji yang menggunakan kamera untuk mendokumentasikan objek kajiannnya tidak dapat dikatakan sebagai seorang seniman foto, meskipun mungkin foto-foto yang dihasilkannya secara teknikal sempurna dan boleh jadi memiliki nilai estetika yang cukup tinggi. Demikian juga seorang wartawan foto yang mengabadikan saat saat penting sejarah. Meskipun karya-karya fotonya boleh jadi istimewa dari segi teknikalnya dan muatan ceritanya, karya-karya itu menurut saya tidak dapat dianggap sebagai karya seni, walaupun karya-karya itu mempunyai nilai komersial tinggi, dikumpul oleh muzium dan/atau dipamerkan di galeri-galeri terkemuka.
Seni tidak dapat dinilai dari aspek teknis dan/atau komersialnya saja. Ada aspek yang lebih esensial yang membuat suatu karya boleh digolongkan sebagai suatu ekspresi seni, yaitu aspek kreatif-eksploratif-estetik. Dalam urutan ini, aspek estetik dicapai bukan semata karena kelainan dalam memanfaatkan aspek teknologi, namun (dan ini yang lebih penting) kerana adanya aspek disengajakan dan keinginan untuk menciptakan sesuatu yang baru yang timbul dari renungan gagasan yang bersifat eksploratif. Dalam erti kata lain, renungan eksploratif melahirkan gagasan untuk mencipta. Gagasan ini kemudian dijelmakan bentuknya dengan memanfaatkan aspek teknologi. Jika teknologi yang ada belum memungkinkan untuk memberikan bentuk ekspresi bagi gagasan yang dimiliki oleh seorang seniman, maka seniman itu mungkin akan berusaha menggabungkan beberapa teknologi yang ada, atau memanfaatkan teknologi yang ada secara kreatif, atau bekerjasama dengan jurutera menciptakan teknologi baru untuk mewujudkan gagasannya itu. Jadi aspek teknologi atau kesempurnaan teknikal dalam hal ini tidak menjadi unsur utama, tapi hanya pendukung atau alat berekreasi. Senario berikut mungkin boleh sedikit menjelaskan mengenai hal ini:
Abu dan Amir sama-sama peminat fotografi. Kedua-duanya menguasai dan mahir menggunakan teknologi inframerah untuk menghasilkan foto-foto yang indah. Jika aspek teknologi dan estetika saja yang digunakan, boleh jadi kita mengkategorikan keduanya sebagai seniman foto. Namun ada satu hal yang membezakan Abu dan Amir. Abu menggunakan teknologi inframerah untuk memberikan bentuk bagi gagasan kreatif-eksploratif yang dimilikinya. Karya-karya fotonya selalu mengandungi ungkapan-ungkapan estetik yang kreatif dan "mengejutkan" (mungkin dengan pilihan subjeknya, sudut pengambilannya, atau eksplorasi alam sekitarnya). Oleh karena itu, karya-karyanya mempunyai ciri khas yang menjadi trademark kesenimanannya. Amir juga menggunakan teknologi inframerah. Namun dia memanfaatkan teknologi ini bukan untuk memberi bentuk bagi gagasan-gagasan eksploratif-kreatifnya, tapi sekedar karena curiosity (rasa ingin tahu/mencoba) kehebatan teknologi ini. Subjek dan sudut pengambilan yang dipilihnya boleh jadi sekedar meniru atau menciplak dari orang-orang setaraf Abu. Tiada unsur kejutan kreatif yang secara konsisten melahirkan ciri khas yang boleh menjadi trademark bagi karya-karya yang dihasilkannya. Dalam contoh ini, Abu dapat kita golongkan sebagai seniman foto, sedangkan Amir barangkali lebih tepat disebut sebagai jurufoto atau fotografer.
Memang contoh di atas bakal menimbulkan perdebatan. Di dunia yang mana segala sesuatu boleh dihasilkan secara massive (besar besaran), sesuatu yang hari ini dianggap sebagai suatu bentuk ekspresi adikreasi estetik, esok barangkali sudah banyak dijumpai tiruan atau salinannya. Kerana fenomena inilah, apa yang sempurna secara teknikal dan memiliki nilai estetika yang menyenangkan indera namun bersifat besar besaran umumnya digolongkan ke dalam seni popular (pop arts). Sementara itu, ekspresi seni yang mempunyai nilai keaslian yang tinggi dari segi gagasan ekploratif-kreatifnya biasanya dikategorikan ke dalam Arts (Seni besar). Seni (besar) seringkali menjadi sumber inspirasi bagi seni (kecil) yang bersifat lebih glamor atau populer. Suatu karya foto boleh masuk ke dalam seni (besar) atau seni (kecil). Kesemua bergantung pada apakah karya itu memiliki nilai kreatif-eksploratif yang khas dan "original" dari segi gagasan yang menjadi dasarnya, atau hanya sekadar tiruan atau cetak rompak dari gagasan-gagasan inspirasi yang timbul dari proses renungan kreatif para fotografer.
Maka oleh itu, tepuk dada, tanyalah hati anda.... kategori manakah yang ingin diketengahkan dan kategori apakah anda sebenarnya dalam memotret suatu peristiwa. Kerana setiap jurufoto itu, adalah seorang sejarawan yang melakarkan kejadian hari ini untuk tatapan generasi esok atau mungkin puluhan tahun yang mendatang...
Yang penting, setiap hasilan anda, adalah dari jelmaan hati anda dan itulah identiti anda yang perlu dipertahankan keasliannya. 'Be Proud Of U'r Self'. Picture speaks a thousand words.